Cium pipi wanita, Wak Doyok teruk dikecam netizen - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Nov 23rd, 2017

Cium pipi wanita, Wak Doyok teruk dikecam netizen

Image may contain: 1 person, smiling, glasses

 

MEMILIKI 1.7 juta pengikut di laman Instagram, nama selebriti media sosial Wak Doyok tidak asing lagi dalam kalangan mereka yang meminati dunia fesyen.

Style bermisai lentik, berjambang tebal dan berjanggut tu dah jadi trademark bagi pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah ini.

Seorang fashionista yang sering tampil dengan gaya maskulin British era 60-an, terutama sekali tang seluar ketat dan senteng itu menjadikan Wak semakin dikenali meskipun pada awalnya dia bukanlah terkenal sebagai seorang artis!

Semalam, Wak ada berkongsi beberapa keping gambar dan video di Instagram yang memaparkan dia sedang menyambut hari lahir bersama-sama seorang wanita cantik.


 

Wah…Wah…Memang cun habis! Ni baru betul bergetar rusuk kiri bak hang!

Tapi, hari ni kami di MYNEWSHUB bukan nak cerita mengenai aura pesona wanita cantik itu yang juga merupakan seorang model terkenal dari Indonesia.

Tapi…Kami nak cerita mengenai isu rakaman cium pipi antara Wak Doyok dengan wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Malika Askarova.

Menerusi salah satu posting berkenaan, pipi Wak Doyok telah dicium oleh wanita tersebut di hadapan beberapa rakan mereka. Waduh, bertuah betul pipi tu!

 

Kemudian Wak yang juga merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan universiti di Jerman, dilihat membalas ciuman tersebut wanita berkenaan. Ehh, biar betul?

Secara tidak langsung, tindakan ‘keterlaluan’ Wak itu telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Di mana rata-rata terkejut  dengan perkara itu sekaligus beranggapan perbuatan tersebut tidak manis.

Tambahan pula, Wak merupakan seorang lelaki Muslim dan public figure yang mempunyai ramai pengikut di media sosial.

 

Bagaimanapun, sehingga kini Wak dilihat masih belum lagi memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Hmmm…Agaknya siapa sebenarnya gerangan bidadari cantik berbaju putih di hari lahir Wak tu ya?

Kekasih Wak ke? Wah…kalau betul ini kekasih Wak, memang bukan calang-calang orang kan!

Apa-apapun, sama-sama kita tunggu kenyataan daripada mulut Wak sendiri berhubung perkara ini!

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (13)