Tengkorak usia 260,000 tahun di China bukti orang Asia asal Afrika - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Nov 18th, 2017

Tengkorak usia 260,000 tahun di China bukti orang Asia asal Afrika

No automatic alt text available.

 

BEIJING – Satu tengkorak purba berusia 260,000 tahun yang ditemui di daerah Dali, wilayah Shaanxi dekat sini membuktikan bahawa orang Asia sebenarnya berasal dari Afrika.

Sekumpulan saintis berkata, fosil yang dikenali sebagai tengkorak Dali itu sama seperti yang ditemui semasa kerja-kerja ekskavasi di gua Jebel Irhoud, Maghribi sekitar tahun 1960.

Pasukan pakar daripada Universiti Texas A&M dan Akademik Sains di sini berpendapat persamaan itu boleh menukar sejarah mengenai perkembangan tamadun China.

Pengarah bersama kajian daripada universiti itu, Profesor Sheela Athreya berkata, penemuan itu suatu yang mengejutkan kerana pihaknya tidak menyangka bahawa Dali mempamerkan ciri yang sama dengan manusia purba Afrika yang terletak pada jarak kira-kira 10,000 kilometer antara satu sama lain.

“Tengkorak Dali membuktikan bahawa salasilah orang Asia sebenarnya mungkin berasal dari Afrika Utara termasuk Eurasia berdasarkan penemuan tulang itu,” katanya.

Malah, pasukan itu turut yakin bahawa manusia Dali berkemungkinan memiliki wajah manusia Afrika yang dikenali sebagai Homo Sapiens dengan otak yang lebih primitif.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (15)