Gempar buih misteri di Rembau - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Nov 18th, 2017

Gempar buih misteri di Rembau

Image may contain: outdoor

 

REMBAU  – Penduduk di Kampung Bukit Kledang, Kota, di sini, memohon Jabatan Alas Sekitar (JAS) memantau kembali kehadiran buih yang menimbulkan tanda tanya mereka sejak lebih dua bulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati buih memenuhi lebih separuh jalan masuk ke dua rumah penduduk sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar dan masuk ke kediaman mereka.

Menurut Hazly Khalid, 39, masalah itu menimbulkan kegusaran kepadanya lebih-lebih lagi bau buih berkenaan serta kesannya kepada penduduk serta kenderaan mereka.

“Memang kita lalu jalan ni hari-hari, rumah kita dalam ni. Setiap kali hujan macam ni lah buih akan naik. Bau dia macam bau chemical… kita tak tahu lah bahaya ke tak bahaya benda ni… dah dua bulan lebih berlaku.

“Kita tak tahu kesan sampingannya kepada kesihatan. Jabatan berkaitan diharap dapat pantau masalah ini kerana buih ini masuk ke dalam sungai dan seterusnya aliran air yang sama masuk ke loji air Sawah Raja,” katanya ketika ditemui di lokasi jalan Kampung Bukit Kledang, Kota, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, sebaik masalah berkenaan disiarkan Sinar Harian beberapa bulan yang lalu, kesemua bahan kimia itu telah dipindahkan ke lokasi lain.

Bagaimanapun menurutnya, masalah buih masih lagi terjadi dan kita memohon agar JAS dapat memantau masalah ini bagi memastikan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kesihatan serta kualiti air.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (12)