Nelayan Indonesia jadi jutawan jual muntah paus - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Nov 17th, 2017

Nelayan Indonesia jadi jutawan jual muntah paus

Image may contain: 1 person, food and close-up

 

INDONESIA – Seorang nelayan di Bengkulu, menjadi jutawan segera selepas menemui ketulan seperti lilin yang disangkanya sampah namun sebenarnya muntah ikan paus yang berharga ribuan ringgit satu kilogram.

Banjarmasin Post melaporkan, nelayan itu, Sukardi, dari Kabupaten Kaur, dikatakan sudah menjual 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkannya mendapat 3.3 bilion rupiah (kira-kira RM927,000).

Dia masih mempunyai 200 kilogram yang mahu dijualnya dengan harga 30 juta rupiah sekilogram yang akan memberinya enam bilion rupiah (RM1.85 juta).
[​IMG]
Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.

Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta nilai sekarang) Pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623 niai sekarang).

Menurut laporan Kompas, Sukardi menemui muntah paus atau juga dikenali sebagai ambergis itu terapung di laut antara antara Pulau Dua dan Pulau Enggano pada 2 November lalu.

Menurutnya, dia menemui muntah paus berwarna putih itu berselerak di lautan ketika sedang menangkap ikan.

“Saya sangka objek putih ini sampah dan mengutip memasukkannya ke dalam bot kerana mahu membersihkan laut.

“Sampai di rumah, saya melayari Internet dan baru sedar ia adalah muntah paus yang mahal harganya,” katanya.

Menurutnya, ketika dipegang muntah paus itu terasa seperti lilin dan apabila dibakar, ia menyala dan cair seperti lilin.

Sejak berita penemuan muntah ikan paus itu tersebar, dia menerima banyak panggilan telefon daripada beberapa individu yang mahu membelinya.

“Saya masih simpan 200 kilogram di rumah dan bersedia menjual sekiranya ada yang menawarkan harga yang berpatutan,” jelasnya. –

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (18)