Vinganda patut dihalang balik ke Malaysia - Shebby - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Nov 15th, 2017

Vinganda patut dihalang balik ke Malaysia – Shebby

Image may contain: 2 people, glasses and close-up

 

Shebby menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mencari jalan untuk menyenarai hitamkan Vingada supaya jurulatih yang berasal dari Portugal itu tidak boleh datang ke Malaysia kerana mencemar nama baik pasukan kebangsaan apabila mempamerkan persembahan terburuk di pentas antarabangsa.

“Seharusnya Vingada tidak dibenarkan kembali ke Malaysia, bukankah beliau sudah menjatuhkan maruah Malaysia selama ini ?

“Tahun 2017 akan dikenali sebagai tahun yang mana Vingada telah membunuh bola sepak Malaysia. Dalam jangka masa (setengah) tahun ini, beliau tidak membawa apa-apa perubahan, malah memburukkan prestasi bola sepak di negara kita. Memburukkan prestasi pemain sehingga kita lihat mereka seakan hilang arah semasa barada di atas padang,” jelasnya.

Selain itu, beliau juga mahu FAM mencari jurulatih baru yang lebih berwibawa untuk memulihkan kembali prestasi pasukan kebangsaan.

“Kita tidak harus melakukan rombakan besar-besaran. Kita hanya memerlukan jurulatih yang berwibawa dan berkebolehan. Malaysia sebenarnya ada ramai pemain yang dikatakan cukup matang tetapi kita pula tidak memiliki jurulatih yang matang untuk membentuk satu pasukan.

“Jadi, ini adalah detik hitam sejarah bola sepak Malaysia kerana sekiranya seorang jurulatih berulang kali memilih Kiko Insa untuk beraksi di arena antarabangsa, itu sudah menunjukkan bahawa jurulatih yang membuat keputusan memang tidak memahami bola sepak. Malangnya, kita mendapat seorang jurulatih yang tidak memahami bola sepak di negara kita,” katanya.

Kredit :- Semuanya Bola

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)