RM5.96 bilion masih belum dituntut - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Nov 15th, 2017

RM5.96 bilion masih belum dituntut

No automatic alt text available.

 

RM5.96 BILION Wang Tak Dituntut (WTD) masih dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sehingga 31 Oktober lalu.

Memetik laporan BH, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata, WTD dipegang Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sehingga 15 tahun dan selepas itu, dimasukkan dalam pindahan hasil.

Katanya, walaupun wang berkenaan sudah dimasukkan ke pindahan hasil, sekiranya ada individu atau waris datang untuk membuat tuntutan, kerajaan akan membuat pembayaran jika ada dokumen kukuh.
“Prosedur untuk menuntut tidak menyusahkan sangat. Hanya perlu membawa kad pengenalan untuk semakan.

“Sekiranya pemilik wang sudah meninggal dunia, waris boleh menuntut dengan membawa sijil kematian dan surat beranak (sijil kelahiran) bagi mengesahkan ada kaitan dengan si mati.

“Sekiranya borang lengkap dan memenuhi prosedur ditetapkan, insya Allah pembayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan borang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (Bebas-Kota Melaka) di Dewan Rakyat, hari ini.

Othman berkata, kerajaan akan melancarkan Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGUMIS) pada suku kedua 2018 untuk memudahkan semakan status wang tidak dituntut .

Sementara itu, ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari sebelum itu, Othman berkata, kira-kira 70 peratus WTD membabitkan urusan perbankan seperti akaun simpanan dan akaun semasa.

Katanya, tuntutan insurans pula meliputi 18 peratus dan 12 peratus lagi membabitkan penghutang dan pemiutang perdagangan.

Beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga bulan lalu, 52,015 pemilik akaun membuat semakan WTD di Jabatan Akauntan Negara dan paling ramai dari ibu negara, iaitu 34,353 orang.

“Ada juga kes pemilik akaun keliru dan menumbuk meja, ketika membuat semakan di Jabatan Akaun Negara kerana mendakwa wang mereka hilang.

“Dalam buku akaun simpanan mereka mempunyai simpanan RM20,000, tetapi apabila membuat semakan hanya ada RM215.

“Apabila disiasat mereka mengeluarkan simpanan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tidak pernah mengemas kini buku akaun simpanan,” katanya.

WTD akan dibayar kepada pemilik wang berkenaan tanpa faedah mengikut Seksyen 11 (3) Akta WTD 1965.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)