Tuntut cerai sebab suami buat kerja rumah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Nov 14th, 2017

Tuntut cerai sebab suami buat kerja rumah

Image may contain: one or more people and people sitting

 

SEORANG wanita warga Mesir berumur 28 tahun menuntut cerai selepas dua minggu berkahwin hanya kerana suaminya melakukan semua kerja rumah.

Suaminya yang berumur 31 tahun juga memiliki gedung pakaian dengan sejumlah pekerja menyebabkan dia mempunyai banyak masa di rumah.

Wanita yang dikenali sebagai Samar M mendakwa suaminya, Mohammad S menghabiskan masa dengan mengemas dan menyusun perabot.

Keadaan itu menyebabkan dia tidak mahu lagi hidup bersama suaminya.

Samar mendakwa suaminya bukan sahaja melakukan semua kerja rumah, bahkan menghalangnya untuk membantu.

Dia cuba bersuara mengenai perkara itu, sebaliknya diberi kata dua supaya perlu mengikut syarat suaminya.

“Kami baru berkahwin dua minggu. Kami bercinta lebih dua tahun tetapi saya dah tidak tahan lagi hidup bersamanya kerana sikap dia,” kata Samar kepada portal berita Mesir, Masrawy.

“Suami saya seorang suri rumah. Dia tidak mengizinkan saya membuat kerja rumah, dan dia melakukan semuanya dari memasak sehingga mengemas.

“Dia mengawal rumah kami dan saya tidak boleh berkata tidak,” katanya mengenai sebab mahu menuntut cerai daripada suaminya. – odditycentral

 

 

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (7)