Jenazah timbul selepas 30 hari ditanam kerana air banjir. - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Nov 14th, 2017

Jenazah timbul selepas 30 hari ditanam kerana air banjir.

Image may contain: plant, grass, outdoor and nature

 

Penduduk tempatan digemparkan dengan penemuan satu jenazah yang timbul ke permukaan tanah di sebuah kawasan perkuburan. Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Jawi Luar, Daerah Pontianak Barat itu kemudiannya menjadi buah mulut ramai.

Menurut penduduk kampung berkenaan, jenazah yang masih lengkap dengan kain kapan itu ditemui oleh pemotong rumput di kawasan perkuburan terbabit pada pukul 12 tengah hari, Isnin lalu.

Pemotong rumput tersebut kemudiannya melaporkan perkara berkenaan kepada Ketua Kampung, sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa tempatan.

Pihak keluarga jenazah malang berkenaan kemudiannya datang ke lokasi kejadian bersama-sama pihak Polis. Penduduk kampung juga turut memenuhi kawasan berkenaan untuk melihat sendiri kejadian yang berlaku.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontianak Barat, Kompol Bermawis, jenazah berkenaan disyaki timbul semula akibat dari keadaan kawasan perkuburan tersebut yang dilimpahi air. Keadaan air laut yang pasang juga dikatakan menjadi punca tekanan air meningkat didalam tanah sehingga menyebabkan kejadian berkenaan.

Bagi mengelakkan cerita-cerita yang kurang enak berlegar dikalangan penduduk kampung, pihak Polis kemudiannya mengarahkan jenazah tersebut dikebumikan semula di tempat yang baru.

Jenazah terbabit disahkan sebagai Asna yang berumur 64 tahun dari kampung berkenaan yang telah meninggal dunia akibat dari sakit tua.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (15)