‘Sepp Blatter raba punggung saya’ – Solo

48

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

 

LISBON: Bintang bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS), Hope Solo semalam mendakwa, Sepp Blatter melakukan serangan seksual apabila bekas Presiden FIFA itu meraba bahagian belakangnya ketika Majlis Anugerah Ballon d’Or 2013.

Solo yang berusia 36 tahun berkata, Blatter, 81, melakukan perkara tidak senonoh itu ketika dia mahu menyampaikan anugerah kepada rakan sepasukannya, Abby Wambach.

“Sepp Blatter meraba punggung saya, ia berlaku ketika saya mahu menaiki pentas pada majlis Ballon d’Or beberapa tahun lalu,” kata Solo kepada akhbar Portugal,¬†Expresso.

Seorang jurucakap kepada Blatter bagaimanapun menganggap dakwaan itu adalah ‘mengarut’.

PENJAGA gol AS, Hope Solo mendakwa bekas Presiden FIFA meraba bahagian belakangnya ketika Majlis Anugerah Ballon d’Or 2013. – Foto AP

Solo, pemenang Piala Dunia dan dua kali juara Olimpik membuat dakwaan itu ketika ditemui dalam majlis Web Summit di Lisbon.

Dia berkata, gangguan seksual di kalangan pegawai lelaki adalah masalah biasa dalam bola sepak wanita.

“Saya sudah melalui situasi ini sepanjang karier dan saya mahu melihat lebih ramai atlet tampil menceritakan pengalaman mereka,” kata Solo.

“Ia tidak boleh dikawal, bukan hanya di Hollywood tapi di mana saja,” katanya sebagai merujuk kepada isu gangguan seksual dalam dunia hiburan, politik dan sukan sejak skandal membabitkan individu berpengaruh Hollywood, Harvey Weinstein didedahkan.

Blatter pernah menjadi Presiden FIFA pada 1998 hingga 2015 sebelum beliau digantung atas kesalahan rasuah. – AFP

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments