Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Nov 11th, 2017

Lelaki berpakaian pengebom bunuh diri ditahan

Image may contain: one or more people and people standing

 

KUALA LUMPUR –  Seorang lelaki yang dipercayai berpakaian ala pengebom bunuh diri pada 28 Oktober lepas ditahan hari ini selepas dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek berusia 35 tahun yang berasal dari Sana’a, Yaman itu hadir menyerah diri kira-kira 6 petang ini.

“Suspek akan direman esok dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selasa lepas, Mohd Zani berkata, pihak polis sedang menjejaki seorang lelaki yang berpakaian ala pengebom bunuh diri ketika menghadiri sebuah majlis sambutan Halloween di sebuah kondominium di Damansara di sini, pada 28 Oktober lepas.

Menurut Mohd Zani, seorang penduduk di kondominium berkenaan memaklumkan kepada polis ada melihat lelaki memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif.

Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.- Bernama

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (24)