Dah kalah mengamuk lah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Sat, Nov 11th, 2017

Dah kalah mengamuk lah

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

 

LEBIH 20 penyokong Harimau Malaya cuba mencetuskan kekecohan di Stadium I-Mobile selepas Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara pada aksi Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019, malam tadi.

Kumpulan penyokong itu menunggu berhampiran bas pasukan Harimau Malaya di perkarangan stadium sambil berteriak memarahi pemain ketika anak buah Nelo Vingada menaiki bas.

Seorang penyokong yang enggan mendedahkan namanya, berkata mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih pasukan kebangsaan pada perlawanan itu.
“Kalah 4-1, satu keputusan yang sukar diterima sebagai penyokong Malaysia.

“Sudah lama kami sabar, malas nak bercerita soal pengorbanan (datang ke stadium). Tapi kami memang kecewa,” katanya.

Kekecohan itu bagaimanapun terkawal dan ia berakhir selepas bas pemain beredar daripada perkarangan stadium.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (1)