Bapa seludup dadah dalam powerbank untuk anak perempuan di lokap

38

Image may contain: screen

 

KLUANG: Polis menahan seorang bapa ketika cuba menyeludup masuk dadah untuk anak perempuannya yang berada dalam tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata, kejadian 11 pagi kelmarin, lelaki berusia 60-an ke pejabat pertanyaan, Balai Polis Kluang meminta menyerahkan beg pada anaknya yang ditahan atas kesalahan dadah.

“Curiga dengan keadaan itu, polis membuat memeriksa beg berkenaan dengan disaksikan seorang polis pengiring.

“Hasil pemeriksaan menemui kotak ‘power bank’ berwarna hitam di dalamnya ada satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin dianggarkan seberat 13.98 garam.

“Satu paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu seberat kira-kira 0.98 gram juga ada di dalam beg itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, pihak polis kemudian menahan lelaki terbabit dan merampas barang berkenaan termasuk dadah dianggarkan bernilai RM1,500.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan ada rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman sehingga 15 November ini untuk siasatan,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments