Fadhli kapten Harimau Malaya - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Nov 10th, 2017

Fadhli kapten Harimau Malaya

Image may contain: 2 people, outdoor

 

BURIRAM: Pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fadhli Shas menjadi pilihan jurulatih, Nelo Vingada untuk memakai lilitan kapten Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara di Stadium I-Mobile, malam ini.

Vingada menjelaskan, Fadhli memiliki karektor untuk memacu skuad Harimau Malaya bagi mendapatkan keputusan positif dalam aksi hidup mati mereka dalam kempen kelayakan.

“Saya fikir dia (Fadhli) layak dan saya yakin dia mampu memimpin pasukan dengan baik sepanjang 90 minit perlawanan nanti,” kata Vingada.

Fadhli akan menggalas tugas sebagai ‘jeneral’ Harimau Malaya selepas ketiadaan Safiq Rahim akibat penggantungan kerana menerima kad merah pada aksi berdepan Hong Kong pada 10 Oktober lalu yang menyaksikan mereka tewas 0-2.

Sementara itu, Fadhli berharap semua pemain dapat memberi kerjasama sepenuhnya di atas padang bagi memastikan kemenangan menjadi milik Harimau Malaya.

“Soal siapa kapten itu tidak penting kerana paling utama adalah semua pemain perlu beraksi dengan baik.

“Insya-Allah kami akan berusaha dan dengan doa daripada seluruh rakyat Malaysia, kami mampu mencapai keputusan positif,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (16)