Monyet dirakam ketagih sedut minyak petrol

28

No automatic alt text available.

 

PANIPAT, India 8 Nov. – Beberapa orang penunggang motosikal terkejut apabila mendapati suspek yang sering mencuri minyak motosikal mereka selama ini hanyalah seekor monyet.

Terdahulu, kumpulan penunggang motosikal yang berniaga di Insaar Bazaar di sini sering mengadu bahawa minyak motosikal mereka dicuri oleh suspek yang tidak dikenali.

Keadaan itu berlarutan selama beberapa hari sehingga mereka mengambil keputusan untuk memasang perangkap bagi menjerat si pelakunya, lapor portal UPI.

Bagaimanapun, satu rakaman video yang diambil secara kebetulan membuktikan bahawa pencuri minyak tersebut bukan manusia sebaliknya monyet.

Seorang saksi, Gaurav Leekha memberitahu, gelagat monyet itu ketika menyedut petrol dari tangki motosikal menggunakan tiub jelas menunjukkan bahawa haiwan itu kini berada dalam ketagihan.

“Monyet itu juga akan menolak jika diberikan pisang atau kacang,” katanya yang juga merupakan seorang anggota sukarela di sebuah organisasi berhampiran bandar ini.

Tambah Leekha, monyet itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman atau bahaya kepada pengunjung di situ setakat ini mungkin disebabkan haiwan itu selalu kelihatan ‘mabuk’.

Ketika ini, monyet terbabit dikatakan tidak lagi menyasarkan deretan motosikal di kawasan itu selepas kerap dihalau oleh peniaga di situ yang melemparkan kasut ke arahnya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments