Mencarut: Shebby mahu Safiq Rahim mohon maaf kepada penyokong - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Nov 9th, 2017

Mencarut: Shebby mahu Safiq Rahim mohon maaf kepada penyokong

Image may contain: 1 person, glasses, selfie and close-up

 

Pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh mahu ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim perlu tampil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong bola sepak tanah air atas tindakannya yang mengeluarkan kata-kata kesat ketika meraikan kejayaan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Beliau berkata demikin melalui akhbar tempatan, Berita Harianyang menyatakan, kenyataan Safiq bukan saja melanggar etika Fairplay atau Respect, malah ia turut mengguris perasaan kaum India kerana kata-kata kesat yang diluahkannya itu membawa maksud ‘kemaluan wanita’.

“Sebagai pemain profesional yang popular di Malaysia dan di rantau ini, Safiq harus melakukan sesuatu untuk menjernihkan keadaan.

“Dia tidak boleh lari atau berdiam diri kerana kesalahannya cukup besar dan boleh membawa contoh tidak baik kepada pemain muda.

“Saya rasa jalan terbaik ketika ini adalah tampil memohon maaf kepada penyokong di atas kesilapannya itu,” katanya kepada berita harian.

Safiq yang memacu kelabnya menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia Sabtu lalu, menimbulkan kontroversi apabila mencarut di depan jurufoto yang sedang merakam detik manis kejayaan pasukan di Stadium Shah Alam itu.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di laman sosial, Safiq mengeluarkan kata-kata “P….. kepada semua pengkritik, wa (saya) champion (juara) sekarang” kata Safiq dalam rakaman itu.

Ekoran tindakannya itu, dia menerima kecaman hebat daripada penyokong bola sepak tanah air yang mahu FAM dan pengendali Liga-M, Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menghukum tonggak tengah itu seperti mana yang pernah diterima bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney yang digantung dua perlawanan kerana kesalahan mencarut kepada penyokong.

Malah, ada mencadangkan supaya lilitan kapten skuad kebangsaan turut dilucutkan kerana dia menunjukkan contoh yang buruk, selain gagal mengawal emosi dalam keadaan tertekan.

Shebby juga mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghukum ketua pasukan kebangsaan itu kerana ia dibimbangi akan memberi imej dan persepsi buruk kepada organisasi berkenaan.

“FAM sendiri pun hingga sekarang senyap. Sebelum ini pemain Pahang (Ahmad Syamim Yahya) pernah didenda kerana menunjukkan isyarat lucah kepada rakan sepasukannya sendiri.

“Jadi Safiq juga harus didenda, kalau tidak orang akan terus membenci FAM seperti mana isu mengenai pengadil yang dikatakan terlalu berat sebelah kepada JDT,” katanya kepadaBerita Harian.

Berdasarkan insiden sama yang pernah berlaku sebelum ini, Syamim didenda RM500 dan gantung satu perlawanan kerana melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM 2015 atas kelakuan yang menyinggung dan ‘Fair play’.

Insiden Syamim menunjukkan jari tengah yang berjaya dikesan kamera.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata, sebagai badan pentadbir yang menguruskan hal ehwal bola sepak di Malaysia, isu Safiq itu tertakluk di bawah bidang kuasa FAM di mana insiden berkenaan berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Katanya, AFC sememangnya mendukung semangat Fairplay yang digariskan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai garis panduan buat semua pemain yang terbabit dengan sukan paling popular di dunia itu.

“AFC menggunakan Fairplay macam FIFA. Untuk kes mencarut, ia kes domestik yang perlu ditangani pentadbir,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)