Lelaki tendang wanita ditahan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Nov 9th, 2017

Lelaki tendang wanita ditahan

Image may contain: one or more people

 

KUALA LUMPUR: Lelaki yang didakwa menendang seorang wanita sehingga jatuh tangga di jambatan dekat stesen LRT, dengan aksinya itu dirakamkan telah ditahan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek berumur 34 tahun itu ditahan di sebuah hentian bas di Kampung Batu Muda di sini, pada kira-kira pukul 11.05 malam Rabu.

Berdasarkan pemeriksaan, beliau berkata, suspek melakukan perkara yang sama dilakukan sebelum ini, dan mempunyai beberapa kesalahan jenayah seperti vandalisme dan menyebabkan kecederaan.

Mazlan memberitahu, suspek pernah didakwa di atas kesalahan yang sama dan disabitkan hukuman penjara selama tiga bulan.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Terdahulu, sebuah video menunjukkan seorang lelaki bertindak menendang seorang wanita di jejantas Bank Negara Isnin lalu dipercayai suspek sama yang melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita lain September tahun lalu.

Mangsa berumur 34 tahun dikatakan terkejut dengan serangan itu kemudiannya membuat laporan di balai polis Dang Wangi.

Wanita berkenaan dikatakan mengalami kecederaan di bahagian muka akibat terjatuh.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (10)