Pesawat mendarat cemas kerana isteri mahu serang suami curang - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Nov 8th, 2017

Pesawat mendarat cemas kerana isteri mahu serang suami curang

Image may contain: sky and outdoor

 

GARA-GARA mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga, seorang wanita telah membuat kecoh dan bertindak agresif hingga memaksa sebuah pesawat Qatar Airways mendarat cemas di Chennai, selatan India.

Lapor portal antarabangsa New York Post, penumpang itu gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Pesawat yang dinaiki pasangan itu bersama seorang anak dikatakan dalam perjalanan dari Doha, Qatar menuju ke Bali, Indonesia.

Lapor portal itu lagi, semuanya terbongkar apabila wanita itu mengambil kesempatan untuk membuka sistem pengecaman jari sebagai laluan keselamatan membuka telefon bimbit suaminya ketika lelaki itu sedang tidur.

“Sebaik sahaja berjaya membuka laluan keselamatan telefon bimbit suaminya, wanita itu terkejut dan apa yang disyaki adalah benar. Lelaki itu terbukti mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Selepas itu, isteri lelaki tersebut bertindak luar kawalan dengan menyerang suaminya dengan ganas.

“Tindakan isterinya terlalu agresif sehingga memaksa pesawat melakukan pendaratan kecemasan,” kata laporan portal itu.

Difahamkan, pesawat itu terpaksa mendarat di selatan India, Chennai untuk menurunkan pasangan itu sebelum meneruskan kembali perjalanan ke destinasi.

Pihak Qatar Airways ketika dihubungi media enggan memberikan sebarang kenyataan atas alasan menjaga privasi pelanggan.

 

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)