iPhone X masuk Malaysia 24 November, serendah RM5,149 - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Nov 8th, 2017

iPhone X masuk Malaysia 24 November, serendah RM5,149

Image may contain: phone

 

Apple bakal menawarkan iPhone X untuk pasaran Malaysia pada 24 November ini.

Malaysia yang termasuk dalam gelombang kedua pemasaran produk Apple menerimanya pada harga RM5,149 untuk storan 64GB serta RM5,899 bagi storan 256GB menampilkan rekaan unik tanpa ‘bezel’.

Ia boleh dibeli melalui apple.com/my, syarikat telekomunikasi atau pengedar Apple yang sah.

IPhone X tiada butang ‘home’ dan akses kepada fon terus menggunakan Face ID iaitu pengesan wajah antara ciri baru dalam model terkini iPhone X (dibaca iPhone 10).

Ia menggunakan teknologi kamera inframerah dengan rangkaian ‘neural’ manakala data tidak akan disimpan di sistem pelayan.

iPhone X menggunakan paparan Super Retina yang menyokong HDR dalam Dolby Vision serta HDR10.

Telefon baru ini mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif. Skrinnya pula penuh di depan seakan-akan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci.

Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel. Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto.

Dwikamera dengan lensa f2.4 dan f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (19)