Foto gajah diserang menang anugerah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Nov 8th, 2017

Foto gajah diserang menang anugerah

Image may contain: outdoor and nature

 

BENGAL BARAT: Gambar yang menunjukkan seekor gajah dewasa dan anak gajah dilontar bom petrol telah memenangi anugerah Photograph of the Year 2017.

Laporan News AU mengatakan foto bertajuk ‘Hell is Here’ oleh Biplab Hazra menunjukkan kedua-dua haiwan melarikan diri selepas menghampiri perkampungan manusia.

Bom petrol dilontar untuk melarang haiwan tersebut merosakkan tanaman.

Penggunaan api dan melontar mercun memang cara biasa yang digunakan penduduk di Jhargram untuk mengalau gajah.

Kata Biplab, kedua-dua haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih hidup selepas serangan.

Anugerah diberikan oleh Sanctuary Nature Foundation yang berpusat di Mumbai.

Agensi tersebut menyasarkan pemeliharaan biodiversiti dan hubungan komuniti.- Sinar Harian

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)