Apa salah budak itu?

31

Image may contain: one or more people, car, shoes and outdoor

 

PETALING JAYA: Video wanita bertindak melempang seorang kanak-kanak lelaki tular di media sosial.

Wanita berkenaan kelihatan dalam keadaan marah apabila kanak-kanak lelaki yang dipercayai anaknya enggan memasuki sebuah kereta.

Susulan itu, wanita tersebut menampar muka anaknya yang sedang menangis sebelum menghumbannya ke dalam kereta.

Menerusi rakaman itu, wanita berkemeja-t dan seluar jeans itu dilihat mengheret anaknya sebelum berjalan membuka pintu kereta.

Malah dia juga dilihat menarik budak lelaki itu supaya masuk ke dalam kereta tersebut.

Tindakan kasar wanita tersebut mendapat kecaman daripada netizen dan menganggap perbuatannya itu tidak berhati perut.

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments