Dadah: Nadzmi Adhwa mengaku dicekup Polis - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Nov 7th, 2017

Dadah: Nadzmi Adhwa mengaku dicekup Polis

Image may contain: 1 person, smiling, standing

 

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Nadzmi Adhwa mengakui dia adalah antara individu yang dicekup pihak polis berhubung dakwaan memiliki dadah jenis ganja pada Jumaat lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan syarikat pengurusannya, Mindorder Sdn. Bhd., Nadzmi, 25, memberitahu penahanannya itu disebabkan kerana terlalu mempercayai rakan baiknya yang sudah lama dalam pemerhatian polis atas kesalahan memiliki ganja.

“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya.

“Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh. Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Dalam pada itu, Nadzmi memberitahu dia sudah dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan dan yakin dirinya tidak bersalah.

Bagaimanapun kata pelakon drama Hati Perempuan ini, dia memohon maaf atas kesilapan dilakukannya dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

“Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan,” katanya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis menemui bahan terlarang iaitu ganja dalam kereta seorang pelakon di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangasa, Kuala Lumpur.

Pelakon itu ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi selepas hasil pemeriksaan menemui sebuah tin berisi daun ganja yang disembunyikan di tempat duduk bahagian pemandu kereta.

Dia turut ditahan bersama seorang rakan dan adiknya dan hasil ujian air kencing yang dilakukan mendapati pelakon itu positif dadah.

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (32)