S’pura larang masuk pendakwah Haslin Baharim dan Ismail Menk

36

Image may contain: 2 people, beard and close-up

 

SINGAPURA: Singapura mengharamkan dua pendakwah memasuki negara itu berikutan pandangan mereka yang boleh melahirkan sikap tidak bertoleransi, sekali gus menjejaskan keharmonian sosial, kata kerajaan hari ini.

Keputusan untuk menghalang Ismail Menk, seorang warga Zimbabwe dan Haslin bin Baharim dari Malaysia, adalah langkah terakhir oleh pihak berkuasa Singapura untuk membendung individu daripada menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan berkata, Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu berlainan agama.

Baharim pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai ‘menyimpang’.

“Pandangan mereka tidak dapat diterima dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura,” kata kementerian itu.

Reuters bagaimanapun gagal menghubungi kedua-dua pendakwah itu untuk mengulas lanjut.

Pihak berkuasa berkata, bulan lalu ia menolak permohonan dua pendakwah Kristian kerana ‘menghina dan memberi komen yang memburukkan agama lain’. – REUTERS

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments