Shafie dimasukkan ke hospital selepas ditahan SPRM - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Oct 20th, 2017

Shafie dimasukkan ke hospital selepas ditahan SPRM

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

 

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH) kerana tekanan darah tinggi.

Setiausaha Agung Warisan, Loretto J Padua, ketika mengesahkan perkara itu berkata, Mohd Shafie dibawa ke hospital itu pada kira-kira jam 11.30 malam tadi.

“Beliau dibawa ke QEH2 malam tadi bagi mendapatkan pemeriksaan doktor dan didapati mengalami tekanan darah tinggi.

“Sehingga pagi ini beliau masih di bawah pemerhatian doktor di hospital tetapi keadaannya dilaporkan baik,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, sebentar tadi.

Mohd Shafie ditahan SPRM pada jam 9 malam semalam selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana awam membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2010.

Beliau dijadualkan dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, selepas solat Jumaat hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)