Tergamak tinggal kawan terbakar dalam kereta - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Oct 17th, 2017

Tergamak tinggal kawan terbakar dalam kereta

Image may contain: one or more people and fire

 

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki tergamak meninggalkan kawannya terbakar di dalam kereta dipandunya, manakala dia segera menahan teksi untuk ke hospital, lapor Metro.co.uk.

Saaed Ahmad, 23, memandu kereta jenis sedan, Infiniti G25 di Lebuhraya Queens bersama rakannya, Harleen Grewel, 25, sebelum kenderaan itu merempuh pengadang jalan dan terbakar.

Bagaimanapun, Saaed kemudiannya bertindak meninggalkan kawasan kemalangan itu dengan menahan teksi ke hospital, meninggalkan Grewel mati terbakar di dalam kereta.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 4 pagi waktu tempatan, Jumaat lalu.

Pihak berkuasa menahan Saaed keesokan pagi, di bawah kesalahan cuai hingga membawa kematian kerana meninggalkan tempat kemalangan, membawa secara berbahaya dan memandu laju.

Ahli keluarga terdekat mendakwa lelaki itu sudah cuba membantu Grewel namun tidak berdaya kerana turut cedera.

“Dia tidak lari dari situ (tempat kejadian), dia dah cuba selamatkan Grewel tetapi tak mampu,  semuanya berlaku dengan pantas dan dia pun cedera di tangan, kaki dan leher dalam percubaannya itu.

“Dia dalam kesakitan dan ambulans tidak datang, sebab tu dia tahan teksi dan segera ke hospital,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (16)