Jamal, rakan taja RM5,000 sehari belanja warga kota makan percuma 3 tahun - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Oct 17th, 2017

Jamal, rakan taja RM5,000 sehari belanja warga kota makan percuma 3 tahun

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, people eating and food

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama beberapa ahli korporat yang enggan dikenali memperuntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma kepada 1,000 warga kota selama 3 tahun.

Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia itu menepis dakwaan pemberian makanan percuma itu untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kalau sebab PRU, itu pandangan mereka. Macam saya kata, kesedaran ini datang dari sahabat saya yang telah meninggal dunia 2 bulan lepas, ketika saya kebumikan dia, itulah datang kesedaran. Dalam dunia ini, berapa banyak pun harta yang kita cari tak pergi ke mana.

“Kalau saya sendiri tak mampu lakukannya, tapi (ini hasil) sumbangan berterusan daripada rakan-rakan. Kos untuk seorang RM5. Kami dah masak (hidangan untuk) 1,000 orang memerlukan RM5,000.

“Kita ada 7 menu yang bertukar-tukar dan ini adalah konsep mengalu-alukan semua lapisan masyarakat asalkan rakyat Malaysia. Inilah konsep muhibah,” katanya pada majlis perasmian Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, hari ini.

Restoran yang terletak di Jalan Pahang bersebelahan McDonalds itu, dibuka mulai 11 pagi sehingga 3 petang.

Jamal berkata, beliau mempunyai 15 pekerja sukarela di restoran itu yang mengamalkan konsep “makan sampai kenyang tanpa pembaziran dan cuci pinggan sendiri”.

Menu pertama sempena pembukaan restoran itu ialah nasi putih dan nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng, ikan sambal dan sayur.

Katanya, cawangan seterusnya akan dibuka di Sekinchan pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, rata-rata pengunjung memuji usaha Jamal dan berkata mereka boleh jimat sehingga RM15 untuk makan tengah hari.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (25)