Dibuang ibu bapa kerana bukan berjantina lelaki - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Oct 17th, 2017

Dibuang ibu bapa kerana bukan berjantina lelaki

Image may contain: 1 person, standing

 

DELHI – Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dihurungi semut di dalam sebuah beg plastik di Bhopal, India awal pagi Sabtu lepas.

Lebih menyedihkan, bayi cukup sifat berkenaan ditemui seorang lelaki ketika melalui di kawasan longgokan sampah berhampiran sebuah kebun teh, di sini.

Menurut seorang saksi, Dheeraj Rathore, dia yang kebetulan melalui kawasan itu terdengar suara tangisannya di dan rengekan bayi malang itu ketika melalui kawasan tersebut.

 

“Saya berjalan berhampiran tong sampah itu dan terdengar suara tangisan bayi. Bila diperiksa, alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala seorang bayi baru dilahirkan.

“Ketika ditemui, kepala bayi itu terjojol keluar dari beg plastik merah di dalam tong sampah dan seluruh badannya dihurungi semut,” katanya seperti yang dipetik Dailymail.

Rathore kemudian segera menghubungi dua rakannya yang kemudian datang membantu membersihkan bayi itu, sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Menurut pemeriksaan doktor, bayi seberat 3.65 paun itu mujur sempat diselematkan oleh Rathore ekoran keadaannya yang sudah kritikal dipenuhi serangga semut.

Sementara itu, Polis Bhopal percaya bayi malang berkenaan mungkin telah dibuang oleh ibu bapanya kerana bayi itu bukan jantina lelaki seperti yang diharapkan. – MYNEWSHUB.CC

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (30)