7 penyokong bola sepak didenda RM500

38

Image may contain: 1 person, standing

 

IPOH: Tujuh penyokong bola sepak masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencetus pergaduhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia Perak menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, malam kelmarin.

Mereka ialah Daim Mokhtar, 18; Muhammad Arif Ashraf Muhsin, 21; Wan Nazirul Shahpri Wan Mazran, 23; Muhammad Afif Ashrani Muhsin, 24; Muhammad Aizat Ariff Fadilah, 25; Mohd Mansur Mat, 28 dan Mohd Noramin Anuar, 29.

Kesemua mereka beralamat di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di pintu F, Stadium Perak di sini pada jam 10.50 malam 15 Oktober lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya,  jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka mengaku bersalah di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah.

Pendakwaan oleh Nurul Qistini Qamarul Abraf manakala tertuduh diwakili peguam masing-masing.

Kesemua mereka membayar denda berkenaan.

BH sebelum ini melaporkan tujuh lelaki ditahan polis selepas menimbulkan kekecohan di tempat awam selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017,  malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, dua lelaki cedera dengan seorang anggota polis dibaling batu manakala seorang penyokong JDT akibat terkena mercun.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments