KL dan JB antara 100 bandar raya paling bahaya di dunia? - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Oct 13th, 2017

KL dan JB antara 100 bandar raya paling bahaya di dunia?

Image may contain: one or more people, skyscraper and outdoor

 

PETALING JAYA: Kuala Lumpur merupakan satu-satunya bandar raya di Asia Tenggara yang disenaraikan antara 30 bandar raya dunia paling bahaya dari segi persepsi jenayah, menurut data setakat pertengahan 2017 yang dikumpulkan sebuah syarikat yang menilai persepsi pengguna awam.

Laman Numbeo, yang menilai persepsi menyentuh soal jenayah, kos kehidupan, pencemaran, kesihatan, kualiti kehidupan, kesesakan lalu lintas dan hartanah, turut menyenaraikan Petaling Jaya dan Johor Bahru di antara 100 tempat dengan indeks jenayah paling tinggi, menurut perangkaan berdasarkan penilaian orang ramai.

Kuala Lumpur ditempatkan di tangga ke-29 dengan indeks jenayah dicatatkan 68.31. Rata-rata bandar raya dunia yang mencatatkan indeks jenayah paling tinggi terletak di Amerika Selatan, Afrika dan beberapa bandar raya di Amerika Syarikat.

Sepuluh bandar raya dengan indeks jenayah paling tinggi menurut penilaian pengguna ialah San Pedro Sula di Honduras dengan catatan 84.88, diikuti Port Moresby (Papua New Guinea), Pietermaritzburg (Afrika Selatan), Caracas (Venezuela), Fortaleza (Brazil), Salvador (Brazil), Johannesburg (Afrika Selatan), Durban (Afrika Selatan), Pretoria (Afrika Selatan) dan Recife (Brazil).

Petaling Jaya disenaraikan pada tangga ke-40 manakala Johor Bahru di tempat 62. Dua bandar lain di Malaysia ialah Kuching (tempat ke 118) dan Pulau PInang (149).

Data Numbeo berdasarkan pengalaman dan persepsi orang ramai mengenai bandar raya serata dunia.

Menurut syarikat itu, data yang dikumpulkan tidak mewakili sebarang sumber rasmi atau dipengaruhi agensi kerajaan.

Walaupun perangkaannya tidak dianggap rasmi, ia menjadi rujukan beberapa sumber berita dalam menilai sesebuah bandar raya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (19)