Israel tinggalkan UNESCO - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Oct 13th, 2017

Israel tinggalkan UNESCO

No automatic alt text available.

 

PARIS: Israel mengumumkan turut menarik diri daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selepas Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian atas alasan sikap berat sebelah.

Pengunduran AS adalah tamparan hebat terhadap pertubuhan yang berpangkalan di Paris itu kerana Washington adalah penyumbang satu perlima dananya.

UNESCO ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua untuk melindungi warisan sejarah dan semula jadi di seluruh dunia.

Badan itu mengiktiraf Tapak Warisan Dunia seperti bandar purba Palmyra di Syria dan Taman Negara Grand Canyon di AS.

“Ini keputusan penting yang mencerminkan kebimbangan AS terhadap UNESCO. Ia memerlukan reformasi besar kerana berterusan mengambil pendekatan anti-Israel,” kata jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berkata Israel akan menarik diri sambil menyifatkan keputusan AS sebagai berani dan bermoral. – Reuters

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)