Dua anggota polis maut, motosikal dirempuh lori - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Fri, Oct 13th, 2017

Dua anggota polis maut, motosikal dirempuh lori

Image may contain: outdoor

 

KUALA TERENGGANU – Dua anggota polis trafik Balai Polis Dungun maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh sebuah lori, dalam kejadian di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu –Kuantan.

Kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa, Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54,dan Koperal Suresh A/L Ltchang, 36, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua mangsa merupakan peserta konvoi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) menunggang jarak jauh motosikal berat daripada Mersing ke Kuala Terengganu.

“Ketika rombongan konvoi tiba di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah lori jenis KIA telah memasuki laluan konvoi dipercayai kerana hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Dalam keadaaan kelam kabut itu, kedua-dua mangsa dipercayai gagal mengelak sebelum dirempuh oleh kenderaan tersebut dan mereka dipercayai tercampak ke bahu jalan.

“Mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Jelasnya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (15)