TMJ: Tak guna pecat jurulatih kalau pemain tak minat menang - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Oct 12th, 2017

TMJ: Tak guna pecat jurulatih kalau pemain tak minat menang

Image may contain: 1 person, close-up

 

JOHOR BAHRU: Prestasi skuad bola sepak kebangsaan dalam pelbagai perlawanan antarabangsa tidak akan berubah mendadak sekalipun jurulatihnya, Nelo Vingada dipecat kerana gagal membawa kemenangan kepada pasukan negara sejak membimbingnya.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata permasalahan terbesar dalam skuad bola sepak negara kini ialah ia tidak mempunyai “mentaliti meraih kemenangan” dalam kalangan pemainnya yang disifatkannya elemen paling getir dalam mentranformasikan kekuatan pasukan.

“Jika esok Vingada dipecat, anda akan tetap mempunyai masalah yang sama. Realitinya, masa tubuhkan kelab (JDT), kami perlukan 2-3 tahun untuk terapkan mentaliti meraih kemenangan.

“Jadi apa yang anda jangka untuk kami (FAM) buat dalam masa 2-3 bulan?,” katanya menjawab soalan ahli panel dalam satu sesi dialog di JDT Cafe di sini, malam tadi.

TMJ mengulas gesaan pihak tertentu yang mahukan Vingada selaku pengurus dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan dipecat susulan beberapa siri kekalahan dalam perlawanan penting termasuk kelayakan Piala Asia 2019.

Pasukan Harimau Malaya baru-baru ini tewas 0-2 dengan pasukan Hong Kong dalam aksi timbal balik kelayakan itu dengan kapten pasukan, Safiq Rahim dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya ke atas pemain lawan.

Sebelum itu, pasukan negara juga tewas menentang Lubnan dan juga pasukan Hong Kong pada perlawanan terdahulu.

Mengulas lanjut, TMJ tidak menyalahkan Safiq kerana mendapat kad merah ketika menentang Hong Kong malam semalam, sebaliknya menyatakan kesemua anggota pasukan harus disalahkan.

Tunku Ismail bertitah kekalahan dengan pasukan Hong Kong itu bukanlah yang terakhir bagi skuad negara malah akan ada lebih banyak lagi kekalahan pada masa depan, walaupun sukar untuk diterima.

“Tiada siapa bertanya apa yang sebenarnya berlaku dalam bola sepak Malaysia, di mana ia sudah bermasalah sejak dahulu lagi.

“Kita tak hakimi dalam satu kekalahan, kita perlu hakimi ia secara menyeluruh. Ini melibatkan soal pembangunan… pendidikan dari awal. Kalau dari kecil sudah diajar untuk jadi profesional, mereka akan jadi profesional.”

Sesi dialog itu menampilkan beberapa ahli panel termasuk pengulas sukan Abu Bakar Atan, Tabah Syazwan dari Media Prima Berhad dan Vijhay Vick dari FourFourTwo serta Ooi Kin Fai dari Goal.com yang mewakili penyokong bola sepak tempatan.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (5)