Suami pijak bahu isteri sampai patah dipenjara 4 tahun - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Oct 12th, 2017

Suami pijak bahu isteri sampai patah dipenjara 4 tahun

Image may contain: 1 person, sitting

 

KOTA BHARU – Perbuatan seorang peniaga kedai makan memijak hingga patah bahu isteri yang menghalangnya memindahkan pendingin hawa ke rumah seorang lagi isterinya yang lain dibalas dengan hukuman penjara empat tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Hakim, Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Samsol Kamal Basri, 50, mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Shahaba Che Lah, 44, di sebuah rumah di Kampung Gelam Gong Serapat, Pasir Puteh, pada jam 8.45 malam, 16 Julai lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia berpenyakit angin ahmar dan bermasalah mata.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh atas kesalahan serius yang dilakukan itu.

“Sebagai suami, tertuduh sepatutnya menjadi pelindung kepada mangsa, namun yang berlaku sebaliknya hingga mangsa mengalami patah bahu dan kesalahan ini juga sering berlaku (dalam masyarakat) akhir-akhir ini,” katanya.

Dalam kejadian lalu, berlaku pertengkaran mulut antara mereka akibat mangsa yang tidak berpuas hati kerana tertuduh mahu memindahkan pendingin hawa ke rumah madunya.

Tertuduh bertindak mengheret pengadu dari katil hingga terjatuh dan kena pada kotak permainan.

Tertuduh juga menendang dan memijak dada, tangan kiri, dan bahu sebelah kanan menyebabkannya patah.

Mangsa dirawat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh dan membuat laporan polis menyebabkan tertuduh ditahan pada 18 Julai lalu.

Nazri mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh itu. – Sinar

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)