Siapa lelaki kacak ini sentiasa dampingi Datuk Vida?

    38

    Suka atau tidak, memang tidak dapat dinafikan Dato Vida sentiasa bijak mencari peluang untuk mempromosikan nama beliau

    Kalau dah bergelar jutawan, pasti ramai yang nak tahu kisah cinta Dato Vida selepas sah bercerai beberapa bulan lalu.

    Jika anda mengikuti Instagram Dato Vida, beliau sering ditemani oleh seorang lelaki kacak. Siapa sebenarnya lelaki kacak tersebut?

    Lelaki tersebut dikenali sebagai Iqbal Zulkifli berusia 23 tahun. Bukan sebarangan orang Iqbal ni. Dia merupakan pembantu peribadi Dato Seri Vida. Dia juga mengendalikan aktiviti media selebriti Malaysia. Jadi, mereka ini tiada hubungan romantik seperti yang anda sangkakan.

    Sejak muncul sebagai pembantu Dato Vida, wajah kacak jejaka yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu ternyata menarik perhatian netizen.

    Rata-rata netizen terutama sekali wanita, bukan saja tertarik dengan penampilannya yang sentiasa tampil kemas dan segak, malah kesudiannya untuk kongsikan kisah peribadinya kepada umum.

    Dalam satu pos, Iqbal meluahkan rasa terima kasih kepada Dato Vida kerana sudi membimbingnya untuk jadi orang yang lebih berjaya.

    Tapi lepas tengok gambar mereka ni, apa salahnya kalau bercinta.

    Sumber: Hype.my

    Comments

    PERINGATAN:

    New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


    comments