Nenek 73 tahun gembira miliki lesen memandu - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Oct 12th, 2017

Nenek 73 tahun gembira miliki lesen memandu

Image may contain: car and outdoor

 

KUALA NERUS – Keinginan nenek berusia 73 tahun untuk memiliki lesen memandu akhirnya menjadi kenyataan apabila lulus dalam ujian memandu kelolaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam percubaan kali kedua hari ini.

Kegagalan dalam ujian memandu pada 4 Oktober lepas tidak melemahkan semangat Fatimah Hassan untuk mengambil ujian ulangan.

“Syukur kepada Allah S.W.T dan saya berasa sangat gembira, tidak tahu macam mana hendak mengambarkan kegembiraan ini dan seolah-olah satu beban berat yang saya pikul sebelum ini hilang dengan tiba-tiba apabila pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya memberitahu saya lulus ujian.

“Anak nombor lima saya sanggup mengambil cuti kerja untuk menemani… memberi semangat kepada saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

Menurutnya anak-anak yang lain turut menelefon dan memberi kata-kata perangsang agar tidak putus asa dan membuat yang terbaik semasa ujian.

Berita gembira kejayaan Fatimah mendapat lesen memandu hari ini turut dikongsi anggota keluargnya menerusi aplikasi WhatsApp.

Fatimah turut mengucapkan kepada pihak JPJ yang banyak membantunya semasa menjalani ujian memandu dan pengajarnya Roslan Mansur, 60, yang tidak pernah jemu mengajarnya sehingga berjaya mendapatkan lesen memandu. – BERNAMA

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (24)