Menteri nasihat jangan beban murid dengan buku kerja, latihan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Oct 12th, 2017

Menteri nasihat jangan beban murid dengan buku kerja, latihan

Image may contain: 1 person, glasses and close-up

 

KUALA TERENGGANU: Buku teks yang disediakan Kementerian Pendidikan untuk pembelajaran murid sudah memadai, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ini kerana selain buku teks, murid kini turut dibebani dengan penggunaan seperti buku kerja dan buku latihan yang terpaksa juga dibeli dari luar.

“Ada murid yang bawa 10 kilogram buku ke sekolah. Kita jangan bagi terlampau banyak beban kepada murid. Buku teks sudah ada, namun ia ditambah dengan buku kerja, buku latihan sehingga terlampau banyak,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil  Tinggi Persekolahan Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaa Sultan Sulaiman di sini.

Beliau diminta mengulas  mengenai kenyataan Timbalan Menteri  Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon bahawa terdapat sekolah yang mengingkari pekeliling mengenai penggunaan buku kerja di sekolah rendah yang sekali gus menyebabkan bebanan kepada murid.

Mahadzir berkata dalam usia antara tujuh  hingga 12 tahun, murid perlu diberi peluang untuk merasai keseronokan alam persekolahan dan tidak terlalu diberi penekanan akademik semata-mata.

“Tapi masalahnya sekarang ini, kita terlampau tekan nak bagi semua ilmu kepada murid-murid. Padat, boleh meletup (tekanan kepada murid-murid),” katanya.

Beliau berkata beliau telah meminta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menentukan berat beban buku yang dibawa murid yang mendapati memang terdapat murid membawa beban buku yang berat. – BERNAMA

 

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)