Kondom bersepah atas tanah di kawasan parkir - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Oct 12th, 2017

Kondom bersepah atas tanah di kawasan parkir

Image may contain: outdoor

 

SEREMBAN – Jijik. Itu gambaran sebuah kawasan tapak parkir di belakang sebuah bank di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, susulan penemuan kondom terpakai bersepah di atas tanah.

Penemuan itu sebelum ini dimuat naik oleh seorang pengguna di laman sosial Facebook yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sinar Harian yang turun meninjau lokasi berkenaan mendapati kawasan itu kelihatan seperti tapak parkir berbayar namun tiada pondok pengawal atau individu yang menjaga lokasi itu.

Sebuah ‘bilik kecil’ terbentuk daripada pagar zink yang digunakan untuk memagari kawasan itu kini menjadi sarang pasangan melampiaskan nafsu serakah.

Di ceruk itulah, kondom-kondom yang sudah digunakan ditemui berserakan di atas tanah berserta puntung rokok dan plastik bekas minuman.

Di dinding zink itu tertera tulisan bayaran masuk RM1.00 namun tidak dapat dipastikan merujuk kepada bayaran parkir atau sebaliknya.

Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Negeri Sembilan, Mohd Aryan Kailash Arumugram ketika dihubungi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ‘bilik’ itu dijadikan lokasi sesetengah pasangan melakukan aktiviti terkutuk mereka memandangkan kawasan ini agak tersorok.

 “Mungkin nak pergi hotel tiada duit, jadi mereka pilih tempat sebegitu untuk melampiaskan nafsu. Bagi saya ia sangat menjijikkan dan memalukan.

“Ia juga menggambarkan tahap moral segelintir masyarakat kita yang bermasalah dan ia sangat menyedihkan lebih-lebih lagi jika aktiviti terkutuk itu dilakukan golongan muda,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, penjualan kondom secara terbuka dan bebas dibeli oleh sesiapa sahaja boleh mengundang kepada perlakuan negatif.

Sehubungan itu beliau mencadangkan pihak berwajib supaya memantau perkara itu sekali gus mengelakkan seks bebas khususnya dalam kalangan remaja.

“Sebenarnya ia boleh berlaku di mana-mana pun sama ada kita tahu atau tidak perkara itu. Di Dataran Seremban misalnya, pernah suatu ketika dahulu jadi tempat budak muda melepak dan buat aktiviti tak berfaedah pada waktu malam.

“Bagi saya, semuanya perlu ada pemantauan dan langkah-langkah pencegahan. Saya rasa tiada masalah jika dipasang kamera litar tertutup (CCTV) sekurang-kurangnya mereka akan fikir banyak kali nak buat benda terkutuk di situ,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (14)