Waris mahu saman jabatan agama kebumi lelaki Hindu di kubur Islam - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Oct 11th, 2017

Waris mahu saman jabatan agama kebumi lelaki Hindu di kubur Islam

Image may contain: one or more people and outdoor

 

SHAH ALAM: Waris seorang warga emas beragama Hindu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap jabatan agama Islam yang mengambil mayat bapanya secara paksa dari hospital dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Negeri Sembilan, bulan lalu.

Anak sulung warga emas itu, Roseli Mahat berkata, beliau sudah melantik peguam dan akan membawa kes itu ke mahkamah kerana jabatan agama Islam negeri tidak mampu membuktikan bapanya memeluk Islam dalam diam dan mayatnya belum dipindahkan ke tanah perkuburan Hindu mengikut kehendak keluarga.

“(Mayat bapa) belum dipindahkan ke tanah perkuburan Hindu. Saya sendiri pergi ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Seremban untuk menerangkan perkara ini, namun tiada apa boleh mereka lakukan.

“Disebabkan itu, saya putuskan akan ke mahkamah. Biar mahkamah buat keputusan sama ada bapa (saya) beragama Islam atau tidak, serta adakah perlu ditanam di tanah perkuburan Islam atau Hindu,” katanya kepada FMT.

Mahat Sulaiman, 76, yang berketurunan baba nyonya meninggal dunia jam 2.31 pagi, 9 September lalu di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Dalam daftar kematian/permit mengubur yang dikeluarkan JPN pada 9 September lalu, ruangan agama dan bangsa dikosongkan.

Dua hari kemudian, ruangan agama dalam sijil kematian Mahat tertera “Maklumat tidak diperolehi” dan bangsanya ialah Cina.

Roseli sebelum ini dilaporkan berkata, pihak hospital memaklumkan jabatan agama Islam supaya menunggu pengesahan JPN mengenai agama Mahat, sebelum menguruskan mayatnya disebabkan nama warga emas itu mempunyai “bin”.

Roseli kemudian menghubungi JHEAINS bagi memaklumkan bapanya merupakan penganut Hindu, namun beliau diminta menunggu sehingga hari bekerja untuk menguruskan perkara itu memandangkan ketika itu ialah hujung minggu.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan adiknya sekumpulan pegawai dipercayai dari jabatan agama Islam dan polis berkeras membawa mayat bapanya dari hospital, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Sikamat, Seremban.

Mengulas lanjut, Roseli percaya roh bapanya tidak tenang kerana dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

“Saya kecewa dan sedih kerana kita hidup dengan kepercayaan dan agama masing-masing. Biarlah seseorang itu ditanam mengikut agama dan adat yang seseorang itu anuti.

“Saya perlu ambil tindakan sekarang supaya apa yang terjadi kepada bapa tidak berlaku kepada saya memandangkan saya juga mempunyai nama seperti nama orang Islam. Saya mahu ditanam di tanah perkuburan Hindu.”

Katanya, beliau tidak pernah melihat bapanya melakukan ibadat mengikut ajaran Islam ketika hayatnya.

“Saya kenal sangat bapa saya. Dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke surau dan masjid, bahkan kami sambut setiap perayaan seperti penganut Hindu lain.”

Pada 22 September lalu, media menyiarkan sijil kelahiran Roseli yang menunjukkan beliau berketurunan India, tetapi bapanya, Mahat berketurunan Melayu dan agama mereka berdua tertera “Maklumat tidak diperolehi”.

Bagaimanapun, sijil kelahiran adiknya yang bernama Sharifah binti Mahat tertera beliau berbangsa Cina dan beragama Buddha, manakala maklumat bapanya, Mahat pula ialah keturunan Cina yang beragama Buddha.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)