‘Saya tidak sebut nama Sultan Johor’ - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Oct 11th, 2017

‘Saya tidak sebut nama Sultan Johor’

Image may contain: 1 person

 

SHAH ALAM – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari menafikan bahawa beliau menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam ceramahnya.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa ada menyebut nama Sultan Johor ketika memberikan pandangannya dalam isu dobi Muslim, yang hangat beberapa bulan lalu.

“Dalam rakaman video yang kononnya dijadikan rujukan FMT, saya sama sekali tidak menyebut nama Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Zamihan yang pernah membentang kertas kerja bertajuk ‘Ancaman Syiah’ pada persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-323 berkata, beliau amat menghormati semua Sultan dan Raja di Malaysia, dan menganggap Sultan Ibrahim sebagai seorang yang berjiwa rakyat.

Sementara itu, beliau menyelar beberapa portal dan akhbar tempatan kerana dilihat cuba menyerangnya secara peribadi serta memburukkan imejnya sebagai Presiden Aswaja.

“Saya percaya naratif itu sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan kebencian sesetengah pihak terhadap saya kerana saya seringkali menegur sesetengah pihak dengan tegas dalam isu-isu agama.

“Oleh itu saya memberi tempoh selama tujuh hari untuk menarik balik artikel dan tuduhan liar mereka dan mengemukakan permohonan maaf kepada saya secara terbuka,” katanya.

Beliau berkata, jika gagal berbuat demikian pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah tanpa prejudis.

Dalam pada itu, Zamihan menyatakan kesediaannya untuk menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menjelaskan perkara sebenar.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (9)