Janda Trump bergurau dia Wanita Pertama, Melania sentap - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Oct 11th, 2017

Janda Trump bergurau dia Wanita Pertama, Melania sentap

Image may contain: 2 people, close-up

 

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) memberi respons selepas bekas isteri suaminya membuat provokasi dengan mendakwa dia adalah ‘Wanita Pertama’ menerusi wawancara bersama rancangan Good Morning America.

Kelmarin, bekas model tersebut dengan tegas menyatakan dia sebagai Wanita Pertama sebenar.

Sementara itu, jurucakap Melania mendakwa, Ivana membuat jenaka itu kerana mahu mencari perhatian dan untuk kepentingan sendiri.

Ketika wawancara itu, Ivana berkata, dia berhak mendapat gelaran itu kerana dia isteri pertama jutawan hartanah terbabit selain ibu kepada Ivanka, Eric dan Donald Jr.

“Saya mempunyai hubungan secara terus dengan Rumah Putih tetapi tidak mahu menimbulkan sebarang rasa cemburu,” katanya secara sinis merujuk kepada Melania ketika mempromosikan bukunya berjudul Raising Trump.

Difahamkan, Wanita Pertama AS (Flotus) gelaran tidak rasmi tanpa peranan jelas yang berfungsi sebagai tuan rumah di Rumah Putih. – Agensi/Sinar

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (26)