Huang Qiang didakwa rogol atlet terjun - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Wed, Oct 11th, 2017

Huang Qiang didakwa rogol atlet terjun

Image may contain: 1 person, sitting

 

KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan merogol seorang atlet acara terjun, September lalu.

Huang Qiang, 35, yang juga bekas juara dunia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Mandarin di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Tertuduh ialah bekas juara dunia terjun acara 10 meter seirama pada tahun 2000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Huang didakwa merogol atletnya, yang berusia 20 tahun di dalam Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Sri Petaling, di sini, jam 5.30 petang, 26 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis setiap dua kali sebulan.

Tertuduh juga dilarang mengganggu, menghubungi dan mengugut saksi serta menetapkan 6 November ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)