Bom lama meletup, 2 pekerja MRT Bandar Malaysia putus kaki

33

Image may contain: one or more people and outdoor

 

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia semalam berpunca daripada peninggalan bom lama ketika zaman Perang Dunia Kedua.

“Hasil siasatan awal mendapati ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua, dan bom berkenaan meletup secara tiba-tiba ketika kerja pembinaan sedang dijalankan,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Dalam kejadian kira-kira 5.00 petang itu, 3 pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya putus kaki manakala seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki.

Ketiga-tiga pekerja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.23 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments