Lelaki berkostum jerung disaman undang-undang anti niqab Austria - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Tue, Oct 10th, 2017

Lelaki berkostum jerung disaman undang-undang anti niqab Austria

Image may contain: 1 person

 

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang memakai kostum ikan jerung disaman selepas didakwa melanggar undang-undang anti burka yang berkuatkuasa di Austria baru-baru ini.

BBC News melaporkan lelaki itu sedang mengiklankan perniagaan di pusat bandar Vienna.

Dia diberi amaran rasmi dan perniagaan itu didenda. Polis juga menggesa undang-undang kontroversi baharu itu diperjelaskan.

Syarikat yang menggaji lelaki tersebut memuat naik gambar di Facebook dan mengumumkan denda tersebut, mengatakan polis memaksa lelaki itu menanggalkan kostum tersebut.

“Kehidupan tidak mudah,” tulisnya.

Pemakaian kostum itu menjadi perhatian polis selepas seorang penduduk di situ melaporkannya kerana melanggar undang-undang.

Pemakaian burka dan niqab dilarang di beberapa negara Eropah dan beberapa media sebelum ini melaporkan Austria mula menguatkuasakan pengharaman burqa pada 1 Oktober lalu.

Pada Januari, gabungan pemerintah Austria bersetuju mengharamkan pemakaian tudung bertutup penuh di tempat awam seperti mahkamah dan sekolah. Kerajaan juga sedang menimbangkan untuk melarang kakitangan kerajaan memakai tudung dan simbol agama lain.

Undang-undang itu menetapkan wajah seseorang itu mesti kelihatan dari garis rambut hingga ke dagu.

Individu yang melanggar undang-undang baharu itu boleh dikenakan denda 150 Euro (RM715), mengikut perundangan yang diluluskan Parlimen pada Mei lepas dan ditandatangani presiden awal Jun lalu.

Langkah itu dilihat sebagai cubaan untuk menentang kebangkitan parti konservatif sayap kanan, Parti Freedom, yang hampir memenangi jawatan presiden pada Disember 2016.

Semalam portal Breitbart melaporkan seorang jutawan warga Algeria, Rachid Nekkaz ditahan polis selepas mengadakan bantahan di luar Kementerian Dalam Negeri Austria di Vienna dengan memakai topeng Halloween.

Dia berjanji untuk membayar denda kepada mana-mana wanita yang didakwa memakai niqab atau burka.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (31)