Dapat nombor lepas sembahyang, lelaki menang RM20 juta

41

Image may contain: one or more people and outdoor

 

KUALA LUMPUR — Tuah perunding feng shui dari Johor datang bergolek apabila menang loteri Toto 4D berjumlah RM20.5 juta.

Lelaki berusia 61 tahun itu mengambil ganjaran kemenangannya minggu lalu melalui kombinasi nombor 1651 dan 7288 selepas bersembahyang di tokong yang biasa dikunjunginya.

“Ramai pengikut tokong tersebut menang loteri. Saya mendapat nombor bertuah saya 1651 dan 7288 selepas sembahyang pada Jumaat.

“Tetapi saya hanya membeli nombor tersebut buat pertama kali pada Sabtu dan menang loteri RM20.5 juta.

“Saya mesti berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan Sports Toto Malaysia.

Perunding feng shui itu berkata sebahagian hadiah kemenangannya akan disumbangkan kepada tokong berkenaan. – MMO

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments