AS rancang hukum panglima tentera, militan Buddha di Myanmar

36

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

 

PETALING JAYA: Kesatuan Eropan (EU) dan Amerika Syarikat sedang dalam usaha mengenakan sekatan ekonomi terhadap pemimpin tentera Myanmar sebagai langkah menghukum mereka di atas serangan yang menyebabkan lebih 500,000 penduduk Islam Rohingya menjadi pelarian, menurut sumber dipetik Reuters.

Ahli diplomat dan pegawai kerajaan di Washington, Yangon dan Eropah berkata langkah itu akan tertumpu terhadap beberapa panglima tinggi tentera.

Perkembangan itu menunjukkan tekanan yang dihadapi pembuat dasar di Barat berhubung serangan dan kekerasan terkini ke atas penduduk Rohingya oleh regim Yangon.

Diplomat berpusat di Washington juga dipetik sebagai berkata sekatan itu dirancang diperkenalkan menjelang lawatan Presiden Donald Trump ke beberapa negara di Asia.

Sebelum ini, pemenang Anugerah Keamanan Nobel yang kini Konsul Negara, Aung San Suu Kyi dikritik hebat kerana tidak bertegas mengutuk serangan ke atas Rohingya dan penafian hak kerakyatan ke atas mereka.Bagaimanapun, beberapa diplomat Barat menghadapi kesukaran melihat individu yang lebih sesuai untuk menggantikan Suu Kyi, yang tidak mempunyai kuasa mengawai tentera Myanmar yang masih berpengaruh dalam kerajaan.

Dua sumber di Washington memberitahu Reuters, pentadbiran Trump merancang mengenakan sekatan ke atas ketua panglima tentera, Min Aung Hlaing dan beberapa pegawai tinggi lain, di samping beberapa pemimpin militan kumpulan Buddha di wilayah Rakhine yang terlibat membakar perkampungan Rohingya.

Ia dijangka melibatkan pembekuan perjalanan ke AS, aset dan juga pengharaman sebarang urus niaga dengan mereka.

Sekatan ekonomi yang sebelum ini dikenakan EU terhadap Myanmar ditamatkan selepas tentera Myanmar berundur daripada pentadbiran pada 2012, sebahagian daripada usaha memulihkan demokrasi.

Bagaimanapun, sekatan senjata terhadap negara itu masih dikenakan, termasuk oleh AS.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments