Iklan ‘tukar baju’ didakwa rasis

42

Image may contain: 2 people, people smiling

 

SEBUAH syarikat produk kecantikan membuat permohonan maaf kerana iklan dalam taliannya didakwa berbaur perkauman sehingga membangkitkan kemarahan netizen di media sosial.

Syarikat tersebut memberitahu ‘ia terlepas kesan tersebut’ menerusi sebuah iklan yang dimuat naik di Facebook menunjukkan empat imej wanita.

Iklan mempromosikan produk mandian itu menunjukkan seorang wanita berkulit hitam menanggalkan pakaiannya berwarna coklat.

Ia kemudian mendedahkan seorang wanita berkulit putih memakai baju berwarna krim selepas pakaian coklat ditanggalkan.

Iklan ini membangkitkan kemarahan netizen di media sosial. Foto Facebook Naythemua

Kempen iklan tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada Facebook.

Syarikat berkenaan tampil membuat kenyataan di Twitter bahawa “Satu imej yang dimuat naik kami di Facebook baru-baru ini terlepas kesan dalam mewakili wanita mengikut warna.

“Kami mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan,” menurut syarikat itu. – Mirror

 

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments