12 maut bot bawa Rohingya terbalik - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Oct 9th, 2017

12 maut bot bawa Rohingya terbalik

Image may contain: 2 people

 

DHAKA – BANGLADESH. Seramai 12 mayat termasuk 10 kanak-kanak ditemui, selepas sebuah bot dinaiki warga Rohingya terbalik di Sungai Naf yang memisahkan Myanmar dengan Bangladesh, lapor agensi berita China Xinhua.

Pegawai di balai polis di Teknaf, Md Main Uddin berkata pada Isnin, kesemua mayat ditemui terapung di Teluk Bengal di Pulau Shah Porir di daerah Cox’s Bazar, kira-kira 292 kilometer di tenggara Dhaka.

Beliau bagaimanapun, tidak dapat menyatakan bila kejadian berlaku dan mengandaikan bot mungkin terbalik pada lewat malam Ahad.

Menurut pegawai itu lagi, pihaknya tidak mempunyai maklumat berapa ramai mangsa yang berjaya menyelamatkan diri.

Jumlah korban mungkin dijangka meningkat kerana berdasarkan maklumat mangsa terselamat ramai lagi hilang dan operasi mencari masih diteruskan, katanya.

Sejak 29 Ogos, 25 kejadian bot terbalik berlaku dan seramai 132 mayat Rohingya serta seorang tekung warga Bangladesh ditemui di Sungai Naf setakat ini.

Dilaporkan lebih separuh juta Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak tercetusnya keganasan di Rakhine Myanmar pada 25 Ogos. – Bernama

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)