Kurang ajar! Buang najis depan kedai dobi

39

Image may contain: one or more people

 

BIADAP. Itulah ungkapan sesuai buat seorang remaja perempuan yang membuang najis di hadapan sebuah kedai dobi di Jalan Manickavasagam, Lobak, Seremban.

Perbuatan menjijikkan itu dikesan selepas pemilik kedai terbabit, Datuk Adzwan Ab Manas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premisnya.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sebanyak tiga kali bermula pada awal September lalu, diikuti pertengahan dan terbaru, Selasa lalu.

“Pada mulanya saya ingat najis anjing. Selepas diperiksa barulah saya tahu itu najis manusia. Apabila melihat CCTV, perbuatan itu dilakukan seorang remaja perempuan yang membuang air besar di tempat sama.

“Ketiga-tiga kejadian itu berlaku antara 1.30 tengah hari hingga 1.45 petang. Pada mulanya, saya tidak memperbesarkan perkara ini namun terpaksa membuat laporan kerana sudah tiga kali berlaku.

“Berdasarkan susuk tubuh dirakam dalam CCTV, saya percaya perbuatan itu dilakukan orang sama. Lebih mengecewakan apabila perbuatan kali ketiga turut ‘direstui’ seorang wanita dewasa yang dipercayai ibunya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dia tidak pasti perbuatan dilakukan sama ada menerima upah atau sebaliknya kerana kawasan ini turut mempunyai dobi lain terdapat banyak premis makanan di sekitarnya.

“Jika tidak tahan sekalipun, pergi lah ke tandas premis makanan itu dan bukannya membuang najis di premis ini,” katanya.

Adzwan berkata, sejak menjalankan perniagaan itu hampir tiga tahun, ini kejadian pertama berlaku di premisnya.

“Demi keselamatan premis dan perniagaan saya, saya akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban 2, di sini.

“Saya tidak mahu disebabkan perbuatan tidak bermoral yang boleh menjejaskan pengunjung ke sini,” katanya.

Comments

PERINGATAN:

New Malaysian Post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.


comments