Fabregas mengaku baling pizza ke muka Ferguson - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Oct 5th, 2017

Fabregas mengaku baling pizza ke muka Ferguson

Image may contain: 2 people, pizza and food

 

LONDON: Cesc Fabregas mengakui dia yang membaling pizza kepada pengendali Manchester United Alex Ferguson dalam insiden yang dikenali sebagai “Perang Bufet” 13 tahun lalu.

Arsenal, seteru utama Manchester United dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, menyaksikan rekod tanpa kalah mereka dalam 49 perlawanan berakhir di Old Trafford pada Oktober 2004 yang disusuli dengan pergaduhan di dalam terowong.

Bekas rakan sepasukan Arsenal Fabregas, Martin Keown berkata pizza berkenaan dibaling oleh perancang Sepanyol itu pada tahun 2014, tetapi memakan masa sehingga tiga tahun sebelum dia mengakui melakukannya.

Ketika ditanya tentang insiden berkenaan dalam program “”A League of Their Own” terbitan Sky, Fabregas yang kini bersama Chelsea memberitahu pengacara rancangan, James Corden “iya”, sebelum menghuraikannya.

Pemain 30 tahun itu berkata: “Martin Keown pembohong kerana saya lihat dia berada di hadapan saya, sibuk menumbuk orang. Dia tidak nampak apa-apa.

“Tiba-tiba, saya dengan bunyi bising dan saya fikir apa yang sedang berlaku? Jadi saya keluar dengan potongan pizza saya dan saya lihat Sol Campbell, Rio Ferdinand, Martin Keown…menolak sesama sendiri.

“Saya terfikir untuk turut serta tetapi saya tidak tahu bagaimana dan saya terus membalingnya.

“Sebaik saya lihat ia terkena siapa, yang saya tidak sasarkan….maafkan saya Sir Alex, tidak berniat melakukannya.”

Ketika ditanya secara tepat di mana pizza itu mengenai Ferguson, Fabregas menunjukkan isyarat di pipi pengendali dari Scotland itu. – AFP

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (11)