Gas meletup, 8 pekerja parah - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Thu, Sep 21st, 2017

Gas meletup, 8 pekerja parah

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

 

SUBANG JAYA: Lapan warga asing cedera parah selepas terbabit dalam letupan gas di sebuah gudang di Jalan Subang 10, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada warga Myanmar dan Nepal berusia antara 21 tahun dan 30 tahun dilaporkan melecur.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata seorang daripada mangsa terbabit turut patah kaki.

Beliau berkata, pihak bomba sedang menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian.

“Lima daripada mangsa cedera parah dan kritikal disebabkan melecur 20 hingga 80 peratus, manakala seorang patah kaki dan cedera dalaman serta dua lagi hanya cedera ringan,” katanya.

Katanya, tujuh mangsa dihantar ke Hospital Serdang dan seorang ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, memberitahu pihaknya tiba di lokasi dan mendapati satu letupan gas memasak berlaku di tingkat satu premis berkenaan.

“Pihak kami menghantar tiga jentera ke lokasi kejadian dan melakukan pemadaman sisa api yang masih ada.

“Anggota bomba dan penyelamat menggunakan satu aliran dari jentera dan menutup semua injap gas di dalam gudang terbabit,” katanya.

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (24)