Bocor maklumat kes tahfiz, 13 polis beri keterangan - NewMalaysianPost.comNewMalaysianPost.com

Published On: Mon, Sep 18th, 2017

Bocor maklumat kes tahfiz, 13 polis beri keterangan

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

 

 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan daripada 13 anggotanya bagi membantu siasatan berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Rusdi Md Isa berkata, keterangan daripada kesemua anggota berkenaan diambil semalam mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat berhubung kebocoran maklumat kes berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini, Ahad malam.

Pada Sabtu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh memberitahu sidang media khas bahawa tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz itu.

Enam daripada mereka positif dadah dan kesemuanya direman selama  tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun, fakta kes dan maklumat mengenai penahanan suspek serta beberapa gambar suspek telah tular di media sosial sebelum sidang media itu diadakan kira-kira 8 malam.

Pada Khamis lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu, terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi itu. – Bernama
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/09/18/bocor-maklumat-kes-tahfiz/#SYwms5DwM6oDh2R8.99

Email this to someoneShare on Google+Share on FacebookTweet about this on TwitterShare on TumblrShare on RedditShare on StumbleUponBuffer this pageDigg this

Comments

comments

Error. Page cannot be displayed. Please contact your service provider for more details. (8)